SELAMA ini mungkin kita akan  tertanya-tanya apakah keadaannya jika ada umat Islam yang berkunjung ke kawasan paling sejuk di dunia seperti di Kutub Utara dan Kutub Selatan, bagaimana jika mahu menunaikan solat?

Hakikatnya terdapat  masjid di sana yang mungkin ramai tidak tahu kewujudannya. Jika melihat pada keadaan cuaca, sememangnya agak sukar untuk mereka  didirikan sebuah masjid.


1. Masjid Nurd Kamal di Kutub Utara (Нори́льск)

Masjid ini terletak di sebuah bandar Norilsk (Нори́льск) di bahagian utara wilayah Siberia, di Rusia, dikatakan masjid ini dibangunkan oleh seorang lelaki daripada etnik Tartar, Mukhtad Mekmeyev pada 1998.

Masjid Nurd Kamal, terletak di pinggiran kota Norlisk, yang suhunya boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari.

Menurut pengurus masjid tersebut, Mukum Sidikov warga Rusia yang merantau ke daerah itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk yang beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang.
Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan. Namun hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah.

Namun kini penghijrahan penduduk Muslim ke daerah Norilsk semakin menurun berpunca daripada keadaan cuaca yang sangat buruk, kesan dari isu pemanasan global. Akibatnya, populasi di Norilsk semakin menurun bukan saja melibatkan umat Islam, tetapi kaum lain.
Golongan Muslim diterima baik oleh penduduk asal dan tidak mengalami diskriminasi.

Menurut Sidikov, walaupun tidak ramai yang berkunjung ke masjid itu, beliau tetap membukanya sehingga larut malam setiap hari untuk memberi kesempatan bagi mereka yang ingin belajar al-Quran.
Apabila tiba Ramadan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.


2. Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World)

Masjid ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab.

Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.

Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave.

Bangunan itu kemudiannya dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke bandar Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 10 November 2010 sebagai keperluan untuk jemaah yang terdiri daripada imigran dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.


3. Pusat Komuniti Muslim Eskimo (Antartika)

WILAYAH yang  juga dikenali sebagai tempat tersejuk di dunia ini hampir dilitupi salji sepanjang tahun dengan suhu mencecah -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan 30 darjah lebih tinggi pada musim panas. Dikatakan terdapat kira-kira 1,000 orang tinggal di Antartika pada satu-satu masa.

Walaupun keadaan cuacanya begitu menggerunkan tetapi tetap terdapat sebuah masjid untuk digunakan umat Islam yang terdapat di sana.

Satu-satunya pusat kegiatan Islam yang terdapat di sana adalah Muslim Eskimos Community Center, yang beralamat di nombor 3, Amundsen Scott Station South Pole, Kutub Selatan, Antartika. Selain untuk beribadat, pusat ini juga digunakan bagi membantu orang yang ingin mengetahui dan mempelajari tentang Islam.


4. Masjid baru di Alaska

Kini umat Islam di Alaska yang berjumlah sekitar 3,000 lebih  sedang menanti siapnya pembinaan sebuah masjid baru dengan keluasan 70,000 kaki persegi. Ia terletak di 80th Street berhampiran Lebuh raya Old Seward di Anchorage.

Selama ini umat muslim di Alaska beribadah di sebuah surau kecil juga di Anchorage. Kos pembinaan dan pembelian tanah didapati hasil dari kutipan derma masyarakat setempat dan antarabangsa.

Dengan pemandangan indah bukit bukau di belakangnya, kawasan masjid ini akan turut didirikan pusat kegiatan masyarakat dan sekolah untuk kegunaan umat Islam di sana.


5. Masjid An-Nuur Reykjavik (Iceland)
Iceland adalah sebuah negara pulau di belahan kutub utara yang tanahnya banyak dipenuhi gunung berapi aktif dan suhunya sangat sangat sejuk kerana termasuk dalam lingkaran Antartika.
Komuniti muslim di Iceland lebih banyak tertumpu di ibu kota negara ini, Reykjavik. Terdapat dua organisasi Islam di Iceland iaittu Islamic Cultural Centre of Iceland (ICCI) dan Félag Muslima á Íslandi (Islamic Association of Iceland). Terdapat sebuah masjid yang dikendalikan oleh Félag Muslima á Íslandi di kota Reykjavik, An-Nuur Moskan í Reykjavík (Masjid An-Nuur Reykjavik).

Menurut maklumat dari pengurus masjid ini, jumlah keseluruhan komuniti muslim di Iceland berjumlah sekitar 1,200 orang, 300 di antaranya merupakan penduduk asal Iceland, sedangkan sisanya kebanyakan pendatang atau warga asing yang jadi mualaf.

6. Masjid Tawheed (Greenland)

Greenland adalah sebuah pulau di Lautan Atlantik bahagian utara di arah timur laut Kanada. Penduduk asal Tanah Hijau adalah orang Inuit atau Eskimo. Sementara ada pula orang Denmark dan campuran antara orang Inuit dan Denmark yang disebut sebagai Orang Tanah Hijau. Agama yang paling banyak dianuti penduduknya adalah Kristian Protestan aliran Lutheran, sama seperti di Denmark.

Tapi tahukah anda bahwa terdapat sebuah Masjid di Kota Nuuk yang bernama Mosque of Tawheed yang terletak di Denmark Street, Nuuk, Greenland ini selain untuk beribadah kaum muslim, juga terdapat madrasah untuk orang yang ingin mempelajari al-Qur’an.

7. Masjid Alnor Senter (Norway)

Tromsø termasuk bandar paling utara di Norway yang merupakan ibu kota daerah Troms. Bandar ini termasuk bandar kuno bahkan habitat di bandar ini sudah ada sejak akhir zaman ais. Peradaban pertama yang muncul di bandar ini disebut Sámi. Sebagaimana diketahui, Norway termasuk negara-negara Skandinavia yang terkenal dengan kaum Viking.
Tak disangka di Tromsø terdapat sebuah Masjid yang bernama Masjid Al Noor kemudian pada tahun 2006 berganti nama menjadi Masjid Alnor Senter. Selain masjid, komuniti mulsim di bandar tersebut membentuk pula Islamic Center yang bernama Tromsø Islamske Senter. Tromsø Islamske Senter kemudian bertukar menjadi sebuah Alnor Foundation (beralamat di Storgata 132, Postbox 3447, 9276 Tromsø)

8. Masjid Bergen

Sebenarnya masyarakat muslim tersebar di Norway di antaranya seperti di bandar Oslo, Møhlenpris, Bergen, dll. Komuniti Islam di bandar Bergen yang mencapai 2,500 orang. Salah satu masjid di bandar Bergen, Norway, "Bergen Mosque" berada di Jekteviksbakken 27, Bergen, Hordaland 5006, Norway.

Sungguh menakjubkan bahawa di belahan bumi yang paling utara pun Masjid tetap ada sebagai tempat umat Islam melakukan ibadah solatnya. Bahkan terdapat pula tempat belajar mengajar Madrasah bagi mereka yang berminat mempelajari Al-Quran dan Islam secara lebih mendalam lagi.

masyaallah...
5/16/2013 04:35:28 pm

Reply



Leave a Reply.